DeNgaN DuNiaNya..
Friday, October 19, 2012
Thursday, October 18, 2012
Hantu Hostel
Jangan jadi blogger syok sendiri
DeNgaN DuNiaNya..
Wednesday, October 17, 2012
seramsejuk
Masa = 2-3 A.M
Ahli = Aku Sorang jer....
Suspek = Tak Tau
Cerita ni jadi sekitar tahun 1998-99, Masa tu aku baru abes sekolah dah bekerja di Makro Ipoh. kebiasaannya,kalau aku kerja shift malam, abes kerja dalam jam 11 malam, dan biasanya bapak aku yg datang amek aku kat tempat kerja pasal takde dah bas.
Tapi ada satu hari bapak aku tak dapat ambil pasal dia out station. Kiranya aku sangkut kat tempat keje la. nasib baik ada
sorang kawan aku yg bak hati boleh tolong hantar aku balik, dan nasib baik lagi pasal dia ada bawak 2 helmet. (lepas dating
terus mai kerja la kot..)...
Lepas abes kerja. kita orang bergerak balik, nak dijadikan cerita, masa tgh naik highway ipoh-jelapang, tayar motor pancit...
adoyai.. rasa bersalah gile aku time tu.. dah la ada org tolong hantar balik, tayar motor dia pancit pulak... tebal muka woo time tu...
Aku terpaksa la call abg aku, suruh datang amek aku kat tepi highway. Bila abg aku sampai jer, terus aku balik rumah tinggalkan kawan aku tu sorang2 jaga motor dia.. hahaha... Aku balik rumah amek van la.. korang ingat aku apa tinggal kawan mcm tu... hahaha
Dipendekkan cerita, aku terus bawa van buruk bapak aku tu, terus pi ambil kawan aku yg tunggu kat tepi highway, lepas angkut motor dia naik dalam van, aku terus hantar dia balik ke Tanjung Rambutan. adoyai.. dia nak hantar aku balik rumah, last2 aku yg kene hantar dia balik pulak..
Lepas hantar dia balik, sebelum aku blah, dia sempat pesan, dekat2 Fah Kee Motor tu elok2 sket. aku cakap ok, masa tu aku tak terpikir pun pasal makhluk halus ni, aku ingat dia pesan bawa van elok2 pasal jalan situ gelap.. ceh
aku pun bergerak balik, jam dah lebih kurang jam 2-3 pagi dah, masa nak sampai ke Fah Kee Motor tetiba aku rasa seram sejuk, dan bila aku sampai betul2 depan Fah Kee,
Hidung aku tercium bau yg sangat wangi. Wangi yg menyesak hidung. Aku tau itu bau apa, itu bau kapur barus, dia punya wangi sampai sampai susah aku nak bernafas... Satu van bau mcm tu. Jantung berdegup tak sah citer la berapa punya laju... lumba lari dgn carl lewis pun kompom dia kalah punya...
dah la aku bawak van. Dibuatnya penuh satu van tu benda tu tumpang, abes aku... nak toleh kebelakang takut. Takut nak tgk apa yg ada kat belakang. Tawakkal je la bawak van... Tapi Alhamdulillah bila sampai pekan bercham semua bau hilang... huuhuhu...
Besok bila datang kerja, aku cerita la kat kwn yg aku hantar balik malam tu.. Dia gelak jer.. dia kata kat situ dah ramai yg kena. Siye betul..
Tuesday, October 16, 2012
Monday, July 16, 2012
Thursday, June 25, 2009
Penyediaan Modal

Acahnet Enterprise adalah perniagaan berbentuk milikan tunggal dan telah memulakan perniagaan dengan modal permulaan sebanyak RMXX, XXX.XX. Modal ini telah disumbangankan sepenuhnya oleh pemilik dengan bantuan ahli keluarga. Perniagaan Acahnet Enterprise mensasarkan keuntungan 50% akan digunakan untuk mengembangkan lagi perniagaan.
Visi
“ Sentiasa Maju seiring dengan perkembangan pesat Teknologi Maklumat di rantau Asia”
Misi
• Menyediakan perkhidmatan yang berkualti
• Mengambil kira perkembangan teknologi terkini dan mengaplikasikannya dalam perniagaan.
• Menyediakan tapak premis yang selesa, selamat dan teratur.
• Mengambil kira pandangan pelanggan bagi meningkatkan komitmen terhadap kepentingan dan kehendak semasa pelanggan.
Bentuk Perniagaan dan Justifikasi

Acahnet Enterprise adalah sebuah perniagaan berbentuk milikan tunggal. Perniagaan milikan tunggal adalah perniagaan yang dijalankan oleh individu dan dimiliki sepenuh oleh individu. Oleh kerana ia adalah milik individu, maka pemilik perniagaan mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal perjalanan dan operasi perniagaannya. Pemilik dan perniagaan atau organisasi peniagaannya adalah dirujuk sebagai satu entiti yang sama. Tiada pemisahan antara keduanya. Ini bermakna aset perniagaan adalah juga harta individu iaitu pemilik perniagaan tersebut. Oleh yang demikian, sebarang masalah yang melibatkan perniagaan adalah secara langsung melibatkan kepentingan individu atau pemilik.
Perniagan milikan tunggal mempunyai liabiliti tidak terhad. Jika perniagaan memperoleh keuntungan maka keuntungan tersebut adalah harta peribadi pemilik. Sebaliknya jika perniagaan mengalami kerugian maka kerugian tersebut juga adalah kerugian atau kehilangan harta pemiliknya. Justeru itu, dalam perniagaan milikan tunggal, liabiliti pemilik adalah tidak terhad. Ini bermakna, sekiranya perniagaan mempunyai hutang yang tidak dapat dijelaskan kerana mengalami kerugian, maka pemberi hutang berhak menuntut harta peribadi pemilik perniagaan sebagai bayaran ganti kepada hutang perniagaan yang tidak dapat dilangsaikan itu.
Perniagaan milikan tunggal amat mudah untuk ditubuhkan. Apabila seseorang membuat keputusan untuk membuka perniagaan, maka sebenarnya dia telah menubuhkan perniagaan tunggal sebaik sahaja dia memulakan perniagaan tersebut. Walau bagaimanapun, mana-mana individu yang hendak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan akan terikat dengan undang-undang tertentu yang menghendakinya untuk mendaftarkan perniagaannya dan mendapatkan lesen sebelum memulakan perniagaan tersebut.
Kebaikan – kebaikan yang ada dalam perniagaan milikan tunggal ada seperti berikut :
• Mudah ditubuhkan
• Pemilik mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal perniagaannya
• Sebarang keputusan yang melibatkan perniagaan dapat diputuskan dengan serta merta kerana pemilik tidak perlu merujuk atau berbincang dengan orang lain
• Struktur cukai beradasarkan cukai pendapat individu (pemilik)
• Tidak memerlukan laporan kewangan yang kompleks
Sebagai kesimpulannya perniagaan milikan tunggal adalah entiti perniagaan yang paling asas yang hanya melibatkan seorang individu sebagai pemilik. Perniagaan jenis ini mudah ditubuhkan, tidak memerlukan modal yang besar tetapi sukar untuk berkembang. Sesuatu perniagaan tunggal akan terbubar dengan sendirinya apabila pemiliknya meninggal dunia. Perniagaan tunggal juga akan bubar apabila pemiliknya tidak lagi menjalankan perniagaannya
and

