Saturday, May 23, 2009

Ringkasan Eksekutif

Perniagaan Acahnet Enterprise ditubuhkan pada 9 Ogos 2006 ada bertitik tolak daripada keinginan untuk memiliki sendiri sebuah perniagaan berbentuk Teknologi Maklumat seperti cyber cafe. Selain daripada itu, perubahan pesat aliran pemikiran manusia seiring dengan perkembangan pesat teknologi maklumat di Malaysia juga menjadi pendorong utama kepada Acahnet Enterprise untuk terus bertapak dalam industri IT ini.
Perniagaan Acahnet Enterprise menjalankan berbentuk perkhidmatan seperti access internet, game, printing, scanning, download dan memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuat assignment. Perkhidmatan yang dijalankan oleh perniagaan adalah mengikut aliran dan kehendak semasa pelanggan.
Perniagaan Acahnet Enterprise terletak di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Pemilihan lokasi terbabit adalah berdasarkan kepada kepadatan penduduk dan kawasan terbabit tiada cyber cafe yang telah beroperasi. Ini memberi satu kelebihan kepada perniagaan kerana tidak perlu bersaing dengan perniagaan yang telah sedia ada. Selain daripada itu, kadar sewa kedai yang dikenakan menjadi saslah satu pendorong kepada perniagaan untuk menjalankan operasi di situ.
Dengan kadar bayaran RM2.00 satu jam menjadikan perniagaan semakin memberangsangkan. Kadar harga yang berpatutan juga membantu perniagaan berkembang dengan pesat. Perniagaan ini adalah berbentuk milikan tunggal. Ia dipilih kerana mengambil kira kemudahan dalam pengumpulan modal permulaan semasa mewujudkan perniagaan. Pengumpulan modal adalah 100% daripada pemilik dan tidak melalui pinjaman khas daripada institusi-institusi perbankan serta kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Pada peringkat permulaan perniagaan hanya menggunakan 6 buah computer untuk menjalankan operasinya.