Thursday, June 25, 2009

Penyediaan Modal


Acahnet Enterprise adalah perniagaan berbentuk milikan tunggal dan telah memulakan perniagaan dengan modal permulaan sebanyak RMXX, XXX.XX. Modal ini telah disumbangankan sepenuhnya oleh pemilik dengan bantuan ahli keluarga. Perniagaan Acahnet Enterprise mensasarkan keuntungan 50% akan digunakan untuk mengembangkan lagi perniagaan.


Visi

“ Sentiasa Maju seiring dengan perkembangan pesat Teknologi Maklumat di rantau Asia”

Misi

• Menyediakan perkhidmatan yang berkualti
• Mengambil kira perkembangan teknologi terkini dan mengaplikasikannya dalam perniagaan.
• Menyediakan tapak premis yang selesa, selamat dan teratur.
• Mengambil kira pandangan pelanggan bagi meningkatkan komitmen terhadap kepentingan dan   kehendak semasa pelanggan.

Bentuk Perniagaan dan Justifikasi


Acahnet Enterprise adalah sebuah perniagaan berbentuk milikan tunggal. Perniagaan milikan tunggal adalah perniagaan yang dijalankan oleh individu dan dimiliki sepenuh oleh individu. Oleh kerana ia adalah milik individu, maka pemilik perniagaan mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal perjalanan dan operasi perniagaannya. Pemilik dan perniagaan atau organisasi peniagaannya adalah dirujuk sebagai satu entiti yang sama. Tiada pemisahan antara keduanya. Ini bermakna aset perniagaan adalah juga harta individu iaitu pemilik perniagaan tersebut. Oleh yang demikian, sebarang masalah yang melibatkan perniagaan adalah secara langsung melibatkan kepentingan individu atau pemilik.

Perniagan milikan tunggal mempunyai liabiliti tidak terhad. Jika perniagaan memperoleh keuntungan maka keuntungan tersebut adalah harta peribadi pemilik. Sebaliknya jika perniagaan mengalami kerugian maka kerugian tersebut juga adalah kerugian atau kehilangan harta pemiliknya. Justeru itu, dalam perniagaan milikan tunggal, liabiliti pemilik adalah tidak terhad. Ini bermakna, sekiranya perniagaan mempunyai hutang yang tidak dapat dijelaskan kerana mengalami kerugian, maka pemberi hutang berhak menuntut harta peribadi pemilik perniagaan sebagai bayaran ganti kepada hutang perniagaan yang tidak dapat dilangsaikan itu.

Perniagaan milikan tunggal amat mudah untuk ditubuhkan. Apabila seseorang membuat keputusan untuk membuka perniagaan, maka sebenarnya dia telah menubuhkan perniagaan tunggal sebaik sahaja dia memulakan perniagaan tersebut. Walau bagaimanapun, mana-mana individu yang hendak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan akan terikat dengan undang-undang tertentu yang menghendakinya untuk mendaftarkan perniagaannya dan mendapatkan lesen sebelum memulakan perniagaan tersebut.

Kebaikan – kebaikan yang ada dalam perniagaan milikan tunggal ada seperti berikut :
• Mudah ditubuhkan
• Pemilik mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal perniagaannya
• Sebarang keputusan yang melibatkan perniagaan dapat diputuskan dengan serta merta kerana pemilik tidak perlu merujuk atau berbincang dengan orang lain
• Struktur cukai beradasarkan cukai pendapat individu (pemilik)
• Tidak memerlukan laporan kewangan yang kompleks

Sebagai kesimpulannya perniagaan milikan tunggal adalah entiti perniagaan yang paling asas yang hanya melibatkan seorang individu sebagai pemilik. Perniagaan jenis ini mudah ditubuhkan, tidak memerlukan modal yang besar tetapi sukar untuk berkembang. Sesuatu perniagaan tunggal akan terbubar dengan sendirinya apabila pemiliknya meninggal dunia. Perniagaan tunggal juga akan bubar apabila pemiliknya tidak lagi menjalankan perniagaannya


Perkhidmatan yang dijalankan oleh Acahnet Enterprise

Perniagaan Acahnet Enterprise adalah berbentuk perkhidmatan IT selaras dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang celik IT menjelang 2020. Selain itu, kepentingan komputer dalam kehidupan seharian menjadikan industri berasaskan pengkomputeran berkembang pesat di Malaysia dan merangsang aktiviti perniagaan berasaskan komputer seperti Cyber Cafe.

 Perniagaan Acahnet Enterprise juga menyediakan kemudahan-kemudahan asas untuk pelanggan seperti perkhidmatan printing, keseluruh program Microsoft untuk kemudahan pelajar membuat assignment, perkhidmatan scanning, kemudahan access internet dan games untuk hiburan para pelanggan. Perniagaan juga menitik beratkan keperluan dan kehendak pelanggan dari semasa ke sama dalam menjaga mutu dan kualiti perkhidmatan yang kami tawarkan .



Thursday, June 4, 2009


Perniagaan Acahnet Enterprise mempunyai potensi yang besar untuk maju dan berjaya. Dengan lokasi premis yang strategik dan tidak mempunyai pesaingan menjadikan peluang untuk mengembangkan perniagaan semakin cerah. Bagi memperkukuhkan lagi perniagaan Acahnet Enterprise untuk jangka masa yang panjang, perniagaan perlu mencari lokasi dan premis sendiri untuk memperkukuhkan lagi kedudukan perniagaan Acahnet Enterprise. Dari segi kewangan pula, pentadbiran kewangan yang baik mampu memberikan kejayaan kepada perniagaan. Semoga Perniagaan Acahnet Enterprise terus maju dan berjaya mencapai matlamatnya.

Strategi Promosi

Pemilihan strategi promosi yang efektif, cekap dan teliti adalah amat penting dalam memperkenalkan perniagaan. Ia melibatkan pengiklanan dan publisiti di kalangan penduduk di kawasan sekitar premis perniagaan. Perniagaan juga telah menyediakan risalah-risalah yang boleh memberikan maklumat kepada pelanggan mengenai kewujudan perniagaan Acahnet Enterprise di kawasan tempat tinggal mereka.

Disamping itu, perniagaan juga telah memberikan tawaran harga yang paling istimewa kepada pelanggan dimana perniagaan telah menawarkan kepada mereka RM5 untuk 4 jam penggunaan perkhidmatan Acahnet Enterprise. Ini mungkin dapat membantu perniagaan untuk berkembang maju dan seterusnya memikat hati pelanggan untuk terus mengunjungi premis perniagaan Acahnet Enterprise.

Latarbelakang Perniagaan


Nama Perniagaan Acahnet Enterprise diambil daripada nama panggilan Tengku Mohd Shahrizan B Tengku Mohd Mustafa. Perniagaan ini terletak di premis bernombor 1234-B Kg Bukit Tunggal, JalanTengku Mizan, 21200 Kuala Terengganu. Perniagaan ini juga telah didaftarkan pada 9 Ogos 2006 dengan nombor pendaftaran TR0084388-T dan mula menjalankan operasinya pada 31 Ogos 2006. Penubuhannya melibatkan pengumpulan modal daripada simpanan pemilik sendiri dan bantuan daripada ahli keluarga. Acahnet Enterprise menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan komputer mengikut keperluan dan kehendak pengguna masa kini. Perniagaan ini diusahakan sepenuhnya oleh pemilik tanpa mengambil pekerja kerana pemilik berkemampuan untuk menguruskan perniagaan sendiri.

Premis yang disewa untuk menjalankan perniagaan terletak di kawasan Kampung Bukit Tunggal yang berpenduduk padat dan berhampiran dengan sekolah. Ia juga terletak berhampiran dengan pekan Batu Enam. Pemilihan premis ini adalah berdasarkan beberapa factor seperti kadar sewa yang berpatutan iaitu RMXXX sebulan dan keluasan premis yang boleh memberi keselesaan kepada pelanggan. Infrastruktur premis juga diambil kira dalam pemilihan lokasi perniagaan. Selain itu, kedudukan premis juga meliputi kawasan yang mendapat signal Streamyx dan ini memberi satu kelebihan kepada perniagaan untuk beroperasi disitu.

Saturday, May 23, 2009

Ringkasan Eksekutif

Perniagaan Acahnet Enterprise ditubuhkan pada 9 Ogos 2006 ada bertitik tolak daripada keinginan untuk memiliki sendiri sebuah perniagaan berbentuk Teknologi Maklumat seperti cyber cafe. Selain daripada itu, perubahan pesat aliran pemikiran manusia seiring dengan perkembangan pesat teknologi maklumat di Malaysia juga menjadi pendorong utama kepada Acahnet Enterprise untuk terus bertapak dalam industri IT ini.
Perniagaan Acahnet Enterprise menjalankan berbentuk perkhidmatan seperti access internet, game, printing, scanning, download dan memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuat assignment. Perkhidmatan yang dijalankan oleh perniagaan adalah mengikut aliran dan kehendak semasa pelanggan.
Perniagaan Acahnet Enterprise terletak di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Pemilihan lokasi terbabit adalah berdasarkan kepada kepadatan penduduk dan kawasan terbabit tiada cyber cafe yang telah beroperasi. Ini memberi satu kelebihan kepada perniagaan kerana tidak perlu bersaing dengan perniagaan yang telah sedia ada. Selain daripada itu, kadar sewa kedai yang dikenakan menjadi saslah satu pendorong kepada perniagaan untuk menjalankan operasi di situ.
Dengan kadar bayaran RM2.00 satu jam menjadikan perniagaan semakin memberangsangkan. Kadar harga yang berpatutan juga membantu perniagaan berkembang dengan pesat. Perniagaan ini adalah berbentuk milikan tunggal. Ia dipilih kerana mengambil kira kemudahan dalam pengumpulan modal permulaan semasa mewujudkan perniagaan. Pengumpulan modal adalah 100% daripada pemilik dan tidak melalui pinjaman khas daripada institusi-institusi perbankan serta kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Pada peringkat permulaan perniagaan hanya menggunakan 6 buah computer untuk menjalankan operasinya.