Thursday, June 4, 2009

Latarbelakang Perniagaan


Nama Perniagaan Acahnet Enterprise diambil daripada nama panggilan Tengku Mohd Shahrizan B Tengku Mohd Mustafa. Perniagaan ini terletak di premis bernombor 1234-B Kg Bukit Tunggal, JalanTengku Mizan, 21200 Kuala Terengganu. Perniagaan ini juga telah didaftarkan pada 9 Ogos 2006 dengan nombor pendaftaran TR0084388-T dan mula menjalankan operasinya pada 31 Ogos 2006. Penubuhannya melibatkan pengumpulan modal daripada simpanan pemilik sendiri dan bantuan daripada ahli keluarga. Acahnet Enterprise menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan komputer mengikut keperluan dan kehendak pengguna masa kini. Perniagaan ini diusahakan sepenuhnya oleh pemilik tanpa mengambil pekerja kerana pemilik berkemampuan untuk menguruskan perniagaan sendiri.

Premis yang disewa untuk menjalankan perniagaan terletak di kawasan Kampung Bukit Tunggal yang berpenduduk padat dan berhampiran dengan sekolah. Ia juga terletak berhampiran dengan pekan Batu Enam. Pemilihan premis ini adalah berdasarkan beberapa factor seperti kadar sewa yang berpatutan iaitu RMXXX sebulan dan keluasan premis yang boleh memberi keselesaan kepada pelanggan. Infrastruktur premis juga diambil kira dalam pemilihan lokasi perniagaan. Selain itu, kedudukan premis juga meliputi kawasan yang mendapat signal Streamyx dan ini memberi satu kelebihan kepada perniagaan untuk beroperasi disitu.

No comments:

Post a Comment