Korang mesti tak pernah dengar cerita
hantu dari Russia kan Entah la,aku bukan tak nak cerita, masalahnya aku
tak nak ambil tahu pun. Yelah. Dulu kat bilik lama aku selalu duduk kat
dalam bilik sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal je.. Apa-apa pun ni
cerita yang dialami sendiri oleh kawan aku. Budak Malaysia gak.
Kawan aku ni dia ada awek kat Malaysia.
Jadi ada kalanya mestilah nak Skype dan berwebcam bagai untuk melepaskan
rindu. Biasalah tu kan, long distance relationship macam tu la. Tak tau
dah berapa lama diorang couple, tapi aku rasa maklumat tu takde kaitan
la dengan cerita hantu ni.
Dia ni selalu bangun awal pagi untuk
chatting dengan awek dia. Tak pasti awal macam mana, sebab aku tak
sempat lagi interview mangsa. Cuma dengar cerita ni daripada mulut ke mulut je.
Diceritakan satu hari tu dia bangun awal macam biasa untuk chatting
dengan kekasih hati dia. Kawan-kawan sebilik semua dah tidur. Maka
duduklah dia seperti biasa kat meja, chatting sambil buka webcam.
Hari tu sejuk dia lain sikit. Tinggal kat
hostel ni, kalau duduk kat floor yang lagi tinggi, kesejukan tu makin
kurang terasa. Tak taulah kenapa malam tu sejuk dia memang lain macam
sikit walaupun bilik dia kat tingkat 15. Rasa macam ada angin tiup je..
perlahan. Dingin. Kadang-kadang kalau angin kuat sikit rasa macam ada orang je tiup kat tepi tengkuk.
ishh.. Tapi kawan aku ni relax je. Dah bermalam-malam kot dia online
waktu-waktu ni, jadi benda macam ni dah boleh kata biasa pada dia bak
kata orang dah jadi alah bisa tegal biasa. Untuk menghilangkan sikit
kesejukan malam, dia bancuh Nescafe 3-in-1. Waktu sejuk ni memang best
dapat minum air panas.
Lepas bancuh Nescafe, dia terpandang kat
tingkap. Tingkap tak ada langsir jadi memang boleh nampak hutan belakang
yang besar dan paya. Belakang hostel ni ada paya, tapi air dia kotor
sangat. Kalau tengok dalam Google maps pun boleh nampak paya tu. Bila
datang musim sejuk paya tu beku, tapi awal-awal ni belum beku
sepenuhnya. Bahaya kalau main-main atas paya yang tak cukup beku ni..
Malam tu bulan mengambang penuh. Jadi memang terang semacam je hutan
belakang tu. Baru kawan aku perasan tingkap tu tak tutup rapat. Patut la
sejuk je..
Dia duduk menghadap laptop Acer tu balik.
Webcam terbuka dari tadi. Jadi si awek nampak la apa yang berlaku kat
sini. Mereka sambung chatting. Lampu ditutup, barulah ada feel sikit
kan. Tengah chatting sekali si awek bukak baju tanya:
“Eh kawan you pun tak tidur lagi eh?”
Jangan jadi blogger syok sendiri
Jangan jadi blogger syok sendiri
“Mana ada, semua dah tidur la..”
“Tapi ada je I nampak orang lalu lalang belakang you”
“….”
Bila ditanya balik, sepanjang mereka
chatting sebelum tu memang si awek nampak kelibat orang belakang kawan
aku tu. Tapi tak nampak siapa sebab gelap kan. Ingatkan kawan sebilik
yang tak tidur lagi padahal dah lama diorang tidur. ish..
Ingat ye, ni kisah benar first hand
daripada orang yang kena. Pada aku, memang seram la sebab dalam hostel
ni je. Pada korang, mungkin tak.
DeNgaN DuNiaNya..
No comments:
Post a Comment